Risiko Internet
KALSIS Services Sdn Bhd (‘KALSIS’) komited untuk mengekalkan langkah keselamatan yang tinggi bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah selamat, namun terdapat risiko di luar kawalan KIB dalam komunikasi internet. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda hendaklah sentiasa memastikan peranti peribadi anda selamat dan dilindungi daripada sebarang akses tanpa kebenaran dan/atau virus yang boleh mendedahkan maklumat sulit anda kepada pihak ketiga. Anda juga hendaklah berwaspada terhadap penipuan e-mel dan lampiran yang mungkin cuba mencuri maklumat tentang dan/atau daripada anda.
Sila ambil perhatian bahawa komunikasi melalui laman web ini tidak dihantar melalui pautan peribadi atau selamat atau dalam bentuk yang disulitkan dan oleh itu tertakluk kepada bahaya biasa komunikasi internet, dan tidak juga dapat dijamin bahawa komunikasi ini tidak dipintas atau diubah suai tanpa kebenaran oleh mana-mana pihak. Kami melarang sebarang pengiklanan jenama dan laman web kami menggunakan mesej e-mel yang tidak diminta.
Pengguna juga hendaklah sedar dan mengakui risiko yang terlibat semasa membuat sebarang pertanyaan dalam talian. Sila diingatkan bahawa KALSIS tidak, dan tidak akan sekali-kali, meminta maklumat sensitif daripada pengguna akhir kami dalam talian melalui e-mel, surat dan panggilan telefon/SMS/mesej segera.
Anda dinasihatkan supaya berhati-hati semasa melakukan transaksi dalam talian dan memastikan PC serta peranti mudah alih anda dilindungi dengan perisian antivirus/antiperisian hasad yang berkesan, serta memilih kata laluan yang kukuh bagi setiap akaun dan peranti anda.