Dasar Privasi
Di KALSIS (terdiri daripada KALSIS Services Sdn Bhd dan kumpulan syarikatnya termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan), kami menghormati Data Peribadi anda dan berusaha memastikan Data Peribadi anda dilindungi selaras dengan undang-undang Malaysia. Keselamatan Data Peribadi anda adalah penting bagi kami dan kami akan mengekalkan langkah-langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi anda.
Kami boleh menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dalam komputer dan/atau sistem kami di mana-mana jua lokasinya dan dalam mana-mana medium lain. Kami boleh menyimpan Data Peribadi anda sehingga tempoh maksimum yang dibenarkan bagi tujuan perniagaan yang sah, serta keperluan undang-undang, kawal selia dan dalaman. Dari semasa ke semasa, kami boleh memadam rekod ini jika ia tidak lagi diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.
Sesetengah halaman dalam laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Laman-laman tersebut dikawal oleh pernyataan privasi mereka sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas amalan privasi, operasi dan kandungan pautan tersebut. Anda dinasihatkan untuk menyemak pernyataan privasi laman-laman tersebut sebelum memberikan sebarang maklumat. Sila ingat bahawa komunikasi internet tidak selamat. Kami tidak boleh menerima sebarang tanggungjawab atas akses tanpa kebenaran oleh pihak ketiga dan/atau kerosakan maklumat/data yang dihantar oleh mana-mana individu kepada kami melalui komunikasi internet atau mel elektronik.
KALSIS akan mengumpul, memproses dan menggunakan Data Peribadi anda selaras dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis PDP”). Notis PDP ini menerangkan jenis Data Peribadi yang kami kumpul dan cara kami mengumpulnya, cara Data Peribadi tersebut digunakan, pihak-pihak yang kepadanya kami mendedahkan Data Peribadi, pilihan yang kami sediakan dan hak anda ke atas Data Peribadi anda termasuk cara untuk mengakses dan mengemas kini Data Peribadi anda.
Jenis data dan maklumat yang kami kumpul
Kami mengumpul dan memproses data dan maklumat peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat untuk mengesahkan identiti dan latar belakang anda (termasuk imej anda), butiran perhubungan, data kewangan, maklumat kelayakan kredit, data lokasi, rakaman audio dan maklumat lain yang anda berikan apabila anda memohon mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami (“Data Peribadi”). Kami boleh memperoleh Data Peribadi ini daripada anda sendiri atau daripada pelbagai sumber, termasuk apabila anda memohon mana-mana produk dan perkhidmatan kami; melalui hubungan anda dengan kami; melalui peranti mudah alih anda; daripada rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di premis kami; daripada sebarang analisis tentang cara anda menggunakan dan mengurus akaun/kemudahan anda dengan kami; sumber atau pendaftaran yang tersedia secara awam; pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan/atau agensi penguatkuasaan undang-undang; daripada pihak ketiga atau sumber lain yang mana anda telah memberikan persetujuan untuk mendedahkan Data Peribadi dan/atau yang tidak disekat dengan cara lain; dan/atau daripada sebarang maklumat yang dibekalkan dan/atau dikumpul apabila anda melawati laman web kami termasuk alamat IP peranti mudah alih atau komputer anda, atau daripada sebarang maklumat yang dikumpul melalui kuki dalam sesetengah laman web kami. Kami boleh menggunakan kuki untuk beberapa tujuan, termasuk untuk menyimpan pilihan anda bagi jenis maklumat atau produk tertentu, analisis lanjut bagi tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, untuk menambah baik produk kami dan/atau untuk memperibadikan perkhidmatan kami kepada anda. Anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar dan/atau peranti mudah alih anda supaya anda dimaklumkan apabila anda menerima kuki atau alat penjejakan lain yang seumpamanya. Sila rujuk dokumentasi pelayar anda untuk menyemak sama ada alat penjejakan telah didayakan pada komputer dan/atau peranti mudah alih anda, atau untuk meminta agar tidak menerima kuki atau untuk menyahdayakan kuki jika anda tidak mahu maklumat dikumpul melalui penggunaan kuki.
Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi
Kami boleh menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut di dalam dan/atau di luar Malaysia (“Tujuan”): –
untuk menilai dan memproses permohonan anda bagi produk dan/atau perkhidmatan kami termasuk untuk mengendalikan sebarang isu dan/atau pertanyaan semasa permohonan tersebut;
untuk mengurus dan menyelenggara akaun/kemudahan anda dengan kami;
untuk menjalankan semakan kredit dan membantu institusi kewangan lain menjalankan semakan kredit;
untuk menilai keperluan kewangan anda;
bagi pengesanan, penyiasatan, pencegahan dan pendakwaan jenayah atau penipuan serta pematuhan sekatan, termasuk saringan kenali pelanggan anda (KYC) dan saringan berkala orang yang terdedah dari segi politik (PEP);
untuk memenuhi keperluan proses undang-undang sivil atau jenayah, kerajaan dan/atau mana-mana badan kawal selia, dan/atau bagi tujuan pematuhan kawal selia dan/atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan (termasuk negara-negara anggota Kesatuan Eropah);
bagi penguatkuasaan kewajipan anda kepada kami;
bagi penyelidikan pasaran, analisis statistik dan tinjauan dengan matlamat menambah baik produk dan perkhidmatan kami;
untuk memberikan anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami dan pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda;
untuk membandingkan maklumat/data bagi ketepatan rekod kami, dan mengesahkannya dengan pihak ketiga;
untuk menyelidik, mereka bentuk dan menambah baik produk dan perkhidmatan, serta proses operasi dan perniagaan kami;
untuk menyokong pemantauan perniagaan, kewangan dan risiko, perancangan serta pembuatan keputusan kami;
untuk mengendalikan aduan dan pertanyaan;
bagi audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
untuk memindahkan atau menyerahhakkan hak dan kewajipan kami di bawah mana-mana terma dan syarat yang mentadbir antara kami dan anda;
untuk melaksanakan perkhidmatan bersama dalam KALSIS;
bagi penyumberan luar operasi perniagaan dan operasi belakang KALSIS;
atas sebab keselamatan, khususnya Data Peribadi yang dikumpul daripada CCTV yang dipasang di premis kami atau mana-mana sistem pengawasan keselamatan lain;
bagi pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Data Peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan awan sama ada di dalam atau di luar Malaysia bagi melaksanakan mana-mana Tujuan yang dinyatakan dalam Notis PDP ini;
untuk memindahkan Data Peribadi anda ke bidang kuasa asing bagi membolehkan sebarang transaksi rentas sempadan, bagi pelaksanaan kontrak, bagi tujuan prosiding undang-undang, atas permintaan bertulis daripada pihak berkuasa atau badan kawal selia atau kerajaan asing, untuk melindungi kepentingan penting anda atau jika ia demi kepentingan awam untuk berbuat demikian; dan/atau
bagi apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, perintah dan/atau garis panduan.
Pendedahan Data Peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan Data Peribadi anda ke tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut jika ia diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta, dan bagi pelaksanaan sebarang kewajipan kontrak yang anda ada dengan KALSIS termasuk bagi tujuan penyimpanan.
Ada kemungkinan pada masa hadapan kami akan bergabung dengan, atau diambil alih oleh, syarikat lain. Jika pengambilalihan sedemikian berlaku, anda bersetuju bahawa syarikat pengganti akan mempunyai akses kepada Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami, termasuk maklumat akaun, dan syarikat pengganti tersebut akan terus terikat dengan Notis PDP ini melainkan dan sehingga ia dipinda.
Anda mungkin telah memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan orang lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada pemohon bersama, pasangan, pihak berkaitan dan/atau orang yang boleh dihubungi semasa kecemasan) bagi Tujuan tersebut. Dalam keadaan sedemikian, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat mereka kepada kami untuk digunakan, diproses dan/atau didedahkan selaras dengan Notis PDP ini.
Pendedahan Data Peribadi anda
Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkesan dan berterusan kepada anda, dan sentiasa tertakluk kepada mana-mana undang-undang, peraturan dan garis panduan, kami mungkin perlu mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:
entiti-entiti lain dalam KALSIS, serta kakitangan, sekutu dan rakan kongsinya;
penasihat profesional, kontraktor, penyedia perkhidmatan, agensi kutipan hutang dan ejen kami yang lain yang mempunyai perjanjian kontrak dengan kami bagi sesetengah fungsi dan perkhidmatan kami;
agensi rujukan kredit, agensi penarafan, penanggung insurans atau broker insurans;
penyedia perkhidmatan kesihatan berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang anda miliki dengan kami;
mana-mana peserta, penerima serah hak atau penerima pindahan sebenar atau berpotensi bagi hak dan/atau kewajipan kami di bawah mana-mana transaksi antara kami dan anda;
mana-mana pihak berkuasa atau pengawal selia, termasuk pengawal selia asing bagi pelaksanaan fungsi mereka, atau mana-mana pihak sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau mana-mana kerajaan, separa kerajaan, badan pentadbiran, mahkamah atau tribunal;
rakan strategik/perniagaan yang mempunyai hubungan dengan kami bagi produk dan perkhidmatan tertentu;
mana-mana orang yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami; dan/atau
mana-mana pihak yang diberi kuasa dan/atau dipersetujui oleh anda.
Komunikasi Pemasaran
Kami juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk memasarkan produk dan perkhidmatan KALSIS dan untuk menyampaikan pemasaran dan pengiklanan bersasar, kemas kini perkhidmatan, tawaran promosi dan bagi tujuan jualan silang dalam KALSIS. Oleh itu, anda mungkin menerima komunikasi pemasaran daripada kami bagi aktiviti pemasaran langsung dan pemasaran jualan silang. Bagi tujuan pemasaran langsung, Data Peribadi anda akan atau mungkin didedahkan kepada pihak ketiga termasuk pedagang dan rakan perniagaan strategik KALSIS. Anda boleh memaklumkan kami pada bila-bila masa jika anda tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada kami dengan menulis kepada Pegawai Data yang ditetapkan, dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad/Pasport anda (mengikut mana yang berkenaan) dan butiran akaun serta butiran mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda miliki dengan kami.
Dari semasa ke semasa, kami mungkin mempunyai maklumat mengenai promosi, produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda. Melainkan anda telah memilih untuk menerima bahan pemasaran berkenaan promosi, produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga dengan menulis kepada kami, anda tidak akan menerima sebarang komunikasi pemasaran mengenai bahan pemasaran tersebut. Dengan bersetuju untuk menerima bahan pemasaran tersebut, anda telah memberikan persetujuan bagi pendedahan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tersebut bagi tujuan pemasaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis PDP ini.
Akses/Pembetulan/Kemas Kini Maklumat
Anda berhak menyemak Data Peribadi yang mungkin telah kami kumpul tentang anda dan meminta pembetulan Data Peribadi tersebut. Jika terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda atau jika anda percaya bahawa Data Peribadi yang kami miliki tentang anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, sila tulis kepada Pegawai Data kami dengan menyatakan butiran permintaan anda serta nama dan nombor MyKad/Pasport anda, atau anda boleh membuat permintaan kepada kami melalui Borang Permintaan Akses/Kemas Kini/Pembetulan Data kami. Fi mungkin dikenakan bagi perkhidmatan ini. Kami akan membetulkan atau mengemas kini maklumat/data tersebut secepat mungkin. Pegawai Data boleh meminta maklumat atau dokumen daripada anda bagi mengesahkan kesahihan orang yang membuat permintaan dan sebarang maklumat berkaitan pembetulan yang diminta.
Pemadaman dan Sekatan pemprosesan
Kami memberi anda peluang untuk mengeluarkan diri anda dan sebarang maklumat tentang anda (kecuali maklumat yang semestinya disimpan oleh kami untuk mematuhi keperluan undang-undang atau kawal selia, bagi tujuan penyimpanan, atau jika terdapat alasan yang sah di bawah undang-undang untuk berbuat demikian, seperti tuntutan undang-undang dan sebagainya) daripada pangkalan data kami, atau meminta kami menghentikan pemprosesan sepenuhnya atau sebahagian Data Peribadi anda dengan menghantar pemberitahuan bertulis yang dialamatkan kepada Pegawai Data kami. Kami memerlukan tempoh masa yang munasabah untuk memproses notis tersebut. Sila ambil perhatian bahawa selepas Data Peribadi anda dipadam, kami mungkin tidak dapat menyediakan tahap perkhidmatan yang sama kepada anda kerana kami tidak akan mengetahui pilihan anda.
Kami berhak mengambil tindakan yang perlu jika kami berpendapat bahawa pengeluaran atau penghentian tersebut tidak membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami atau memenuhi kewajipan kami dengan cara yang memuaskan. Ini termasuk hak kami untuk enggan menyediakan atau berhenti menyediakan sebarang kemudahan, produk atau perkhidmatan kami kepada anda.
Jika anda telah meminta kami memadam Data Peribadi anda yang telah kami jadikan awam dan terdapat alasan yang sah untuk pemadaman, kami akan mengambil langkah yang munasabah dan kos efektif untuk memaklumkan pihak lain yang memaparkan Data Peribadi anda atau menyediakan pautan kepada Data Peribadi tersebut supaya turut memadam Data Peribadi anda.
Kemudahalihan
Anda berhak menerima Data Peribadi yang telah anda berikan kepada kami dalam format yang berstruktur, lazim digunakan dan boleh dibaca oleh mesin, serta berhak meminta kami memindahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak lain.
Jika anda ingin kami memindahkan Data Peribadi kepada pihak lain, kami hanya boleh berbuat demikian jika ia boleh dilaksanakan secara teknikal. Kami tidak bertanggungjawab atas keselamatan Data Peribadi atau pemprosesannya sebaik sahaja ia diterima oleh pihak ketiga. Kami juga mungkin tidak memberikan Data Peribadi tertentu kepada anda jika pemberian tersebut akan menjejaskan hak orang lain (contohnya, jika memberikan Data Peribadi yang kami simpan tentang anda akan mendedahkan maklumat tentang orang lain).
Pemprofilan
Kami memproses sesetengah data anda secara automatik, dengan matlamat menilai aspek peribadi tertentu (pemprofilan). Sebagai contoh, kami menggunakan pemprofilan disebabkan oleh keperluan undang-undang dan kawal selia tertentu, untuk membanteras pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, penipuan, serta bagi penilaian risiko dan kesalahan yang membahayakan aset.
Pertanyaan dan Aduan
Anda berhak membantah pada bila-bila masa pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung, dan pemprofilan setakat yang berkaitan dengan pemasaran langsung dan setakat yang dibenarkan di bawah Peraturan Perlindungan Data Am EU (GDPR), serta pemprosesan data peribadi anda bagi Tujuan tersebut. Sebarang pertanyaan, permintaan, kebimbangan, aduan atau pelaksanaan hak anda berkenaan penggunaan Data Peribadi anda boleh dikemukakan kepada Pegawai Data berkenaan di bawah: –
Pegawai Data
KALSIS Services Sdn Bhd 17 Jalan Yap Ah Shak 50300 Kuala Lumpur Malaysia E-mel: info@kalsis.com.my
Dengan memohon, menggunakan atau terus menggunakan perkhidmatan kami, termasuk sebarang hubungan kontrak lain yang mungkin anda ada dengan kami, anda akan dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma Notis PDP ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma di sini, sila hubungi kami melalui butiran perhubungan yang dinyatakan di atas.
E-Perkhidmatan
Anda dengan ini bersetuju dengan penghantaran Data Peribadi anda secara elektronik melalui E-Perkhidmatan kami, dan persetujuan tersebut akan berkuat kuasa pada setiap masa anda mengakses dan/atau menggunakan E-Perkhidmatan.
Perubahan kepada Notis PDP
Sila ambil perhatian bahawa kami boleh mengemas kini Notis PDP ini dari semasa ke semasa melalui hantaran di laman web kami. Anda dinasihatkan untuk melihat laman web kami secara berkala bagi sebarang kemas kini atau versi terkini Notis PDP kami. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami atau hubungan berterusan anda dengan kami akan dianggap sebagai penerimaan terhadap sebarang kemas kini, semakan atau pindaan yang dibuat kepada Notis PDP kami. Notis PDP ini kali terakhir dikemas kini pada Jun 2024
Persetujuan dan Pengakuan
Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan, pemindahan dan/atau pendedahan Data Peribadi anda selaras dengan Notis PDP ini.
Jika anda sebuah perbadanan (bukan individu)
Sekiranya anda telah memberikan/mendedahkan Data Peribadi pihak ketiga individu termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pemegang saham individu, pekerja, penandatangan yang diberi kuasa, ejen, wakil atau selainnya, anda dengan ini menyatakan dan menjamin kepada kami bahawa anda telah mendapat persetujuan pihak ketiga tersebut dan berhak memberikan Data Peribadi mereka kepada kami untuk digunakan, diproses dan/atau didedahkan selaras dengan Notis PDP ini.